^

Wednesday, May 8, 2013


Aku sedang merenung ke arah lelaki yang terbujur diatas katil pesakit itu. Dan secara tiba-tiba ada seorang wanita yang menarik          tanganku lalu membawaku untuk menghampiri lelaki berkenaan dengan lebih dekat. Tindakan itu terlalu pantas sehingga aku juga tidak sedar siapakah wanita yang telah menarik tanganku sebentar tadi ? Namun, dia segera meninggalkan aku dan terus berlalu pergi, Aku hairan, mengapa ketika itu aku langsung tidak tergerak hati untuk menoleh wanita itu kembali apatah lagi memanggil atau mengejarnya. Mungkin fikiranku lebih tertumpu kepada lelaki itu. Semakin lama aku memandang lelaki itu, semakin hatiku sayu. Tiba-tiba aku terpikir untuk memegang tangan lelaki itu kerana aku berniat untuk menenangkan dirinya yang mungkin sedang berdepan dengan kesakitan yang aku sendiri tidak ketahui. Namun niatku terhenti disitu kerana aku tidak kenal siapa lelaki itu dan risau jika tindakan aku hanya akan membuatkan lelaki itu terkejut dengan perilaku diriku ini ? Lalu aku mematikan niatku dan terus duduk disisi katil untuk menemani lelaki yang aku tidak kenali itu. Dia tersedar dari tidur lalu mengalihkan pandangannya kearah ku, namun aku tidak sedar kerana aku sedang menundukkan kepalaku. Secara tiba-tiba lelaki itu mengenggam erat tanganku , aku terkejut dengan tingkah laku-nya itu namun aku masih terdiam kaku. Aku memandang wajahnya, yang aku lihat hanya lah seorang lelaki yang berumur lingkungan 50-an namun dari raut wajahnya dia kelihatan berseri2 dan tampan sekali. Aku yakin bahawa aku tidak pernah sekalipun mengenalinya namun dia terus melemparkan senyuman kepadaku. Kini pegangan tangannya semakin erat. Dia memulakan perbualannya denganku , bertanya kan sebuah soalan sambil menyusap ubun-ubunku, aku menjawab soalan itu sambil fikiran ku menerawang jauh memikirkan pelbagai alasan dan sebab mengapa dia memegang tanganku dengan erat lalu mengusap ubun-ubunku. Di sepanjang usiaku , hanya Ibu ku satu-satunya individu yang pernah melakukan kedua-dua perkara ini terhadapku dengan penuh kasih sayang. Tindakan yang dilakukan-nya itu seolah-olah mengandaikan bahawa dia telah lama mengenaliku dan begitu menyayangiku. Aku terasa sebak sehingga ingin menitiskan air mata lalu aku cuba memejamkan mataku. Aku sangat terkesan dengan tindakan lelaki itu dan benar-benar merasai segala yang cuba disampaikan dirinya kepada ku. Dan tiba-tiba pandangan itu hilang... Aku tersedar dari tidur ? Aku bermimpi ? Siapakah lelaki itu ? Dia bukan ayahku ? Siapa Wanita yang menarik tanganku ? Adakah dia ibuku ? Mengapa aku tidak pernah mengenali lelaki itu ? Mengapa dia bertanya soalan itu ? Mengapa dia bertindak seperti dia mengenali aku ? Adakah benar dia begitu menyayangi diriku Namun aku masih perlu tahu siapakah dia sebenarnya ? Dan segala-galanya berakhir disitu, yang pasti aku merasai setiap kasih sayang yang cuba disampaikan lelaki itu terhadapku walaupun dia tidak mengucapkannya. Pagi Jumaat yang indah namun terlalu banyak persoalan yang masih bermain-main di kotak fikiranku hingga ke saat ini.

*Alhamdulillah, Ya Allah S.W.T, walaupun sehingga kini atau mungkin sehingga akhir hayatku nanti, aku tidak akan pernah berpeluang mengenali lelaki itu secara peribadi. Namun aku tetap bersyukur Engkau telah mempertemukan aku dengannya, kerana aku tersedar satu perkara, " sebahagian dari diriku ada pada lelaki itu , dan kehadirannya telah melengkapi diriku dan peribadiku " Aku sangat bersyukur :) . 
mimpi yang paling indah dalam hayatku T-T , In Sha Allah .

Tuesday, March 26, 2013

Hidup Ini Sentiasa BERUBAH :) ATAU :(

untuk insan bernama AYAH :

Semasa kecil, ibu lah yg lebih sering mendukung kita..Tapi tahukah kita bahawa sebaik saja ayah pulang bekerja dengan wajah yang letih ayahlah selalu menanyakan apa yg kita lakukan seharian

Saat kita sakit@demam, ayah sering membentak "sudah diberitahu! jangan minum ais!".Tapi tahukah kamu bahawa ayah sangat risau.??

Ketika kita remaja, kita meminta izin untk keluar malam. Ayah dengan tegas berkata "tidak boleh!"..Sedarkah kita bahawa ayah hanya ingin menjaga kita? Kerana bagi ayah, kita adalah sesuatu yang sangat berharga.

Saat kita sudah di percayai, ayah pun melonggarkan peraturannya. Maka kita telah melanggar kepercayaannya...Maka ayah lah yang setia menunggu kita di ruang tamu dengan rasa sangat risau..

Setelah kita dewasa,ayah telah menghantar kita ke sekolah@kolej untuk belajar..
Di saat kita memerlukan ini-itu, untuk keperluan kuliah kita, ayah hanya mengerutkan dahi.tanpa menolak, beliau memenuhinya..Saat kamu berjaya..Ayah adalah orang pertama yang berdiri dan bertepuk tangan untukmu..Ayah akan tersenyum dengan bangga..

Sampai ketika jodoh kita telah datang dan meminta izin untuk mengambil kita dari ayah..Ayah sangat berhati-hati mengizinkan nya..Dan akhirnya..Saat ayah melihat kita duduk di atas plamin bersama pasangan nya..ayah pun tersenyum bahagia..

Apa kita tahu,bahawa ayah sempat pergi ke belakang dan menangis?

Ayah menangis kerana ayah sangat bahagia..Dan dia pun berdoa "Ya Tuhan, tugasku telah selesai dgn baik..Bahagiakan lah putra putri kecilku yg manis bersama pasangannya"..

Setelah itu ayah hanya akan menunggu kedatangan kita bersama cucu-cucunya yg sesekali dtg untuk menjenguk..Dengan rambut yg memutih dan badan yang tak lagi kuat untuk menjaga kita..

Sayang Ayah sepanjang masa sayang Ibu membawa ke Syurga.







Sunday, March 3, 2013

UNIVERSITI : Perjalanan Hidupku Terhenti Seketika


10.53 PM
3 Mac 2013
Kenangan Terakhir : Status Terakhir Arwah :(


           Sudah 2 malam Arwah meninggalkan kita , sebagai sahabatnya aku hanya redha dengan pemergiannya , walaupun sebak didada masih belum hilang lagi , sokongan para sahabat yang menasihati aku untuk lebih tenang banyak membantu aku menghadapi semua ini, semampunya aku ingin melupakan kejadian ini segera , meletakkannya di tepi sebagai peringatan supaya aku tidak lagi sedih seperti segala-galanya baru berlaku semalam . Sudah 2 hari aku tidak boleh tidur , walaupun aku telah melepaskan segala-galanya dari fikiran aku, Namun segala-galanya bukan semudah seperti menyebut , “A, B, C” .

          Aku tak jangkakan perkara sedemikian berlaku sebegitu pantas namun bagi takdir yang telah dijanjikan Allah S.W.T didunia ini tidak dapat dihentikan oleh makhluk ciptaannya kerana segala-galanya Qada’ dan Qadar. Yang membuatkan aku kecewa adalah , ketika kejadian , aku dan liza telah berada pun di universiti ( kedah ) .

1 Minggu yang lepas :

“ Anda akan dibenarkan pulang kerumah jika Ibu anda meninggal dunia , Ayah anda meninggal dunia , Adik-beradik meninggal dunia , Datuk dan Nenek meninggal kita tak benarkan kamu semua balik ”, demikian kata-kata Penceramah pada Majlis Taklimat Minggu pertama Ko-K Uni Utara Malaysia . Mendengar syarat yang telah termaktub  untuk kami , baru aku sedar betapa kejamnya peraturan sebuah universiti , Aku tidak dapat membayangkan bagaimana jika kedua nenek aku meninggal dunia selepas ini , dan aku harus kekal disini ? Aku tidak mampu !

Namun , lain yang aku fikirkan lain pula yang terjadi, rahsia Allah S.W.T tiada siapa yang tahu . Selang satu minggu kemudian , berita kemalangan arwah hakim membuatkan aku begitu kecewa kerana aku tidak dibenarkan pulang ke Melaka untuk menemuinya buat kali yang terakhir.

“ Kalau Keluarga jauh meninggal dunia , kamu tak boleh balik . Orang mati , kita kerana ‘respect’ ”, sambung penceramah itu . Apabila aku mendengar penyataan yang dinyatakan oleh penceramah tersebut , aku begitu marah , geram dan kecewa dengan apa yang diperkatakannya dalam Majlis itu . Persoalannya , “ Mengapa kita kena ‘Respect’ orang yang telah meninggal dunia ? 

Bukankah disebalik kita sedih dengan pemergian seseorang , apa yang harus kita lakukan adalah redha dengan pemergian yang telah ditakdirkan Allah S.W.T dan berdoa untuknya? bukan untuk cuba ‘menghormati’ kehilangan mereka ! ”

-            Surely nonsense ! what this guy are talking about ? You are an educated person, a lecturer ? So you should beware of your own words.  !

Okay , Lupakan Kemarahan aku pada penceramah itu ! Semalam aku menghadiri Majlis Perasmian Sukum 2013 ( Sukan Uni Utara Malaysia ) dan terlibat sebagai peserta perbarisan mewakili Bank Rakyat , Seperti dijangka skuad perbarisan kalah sekali lagi kerana kurangnya disiplin para peserta ketika bertanding ( masing-masing sambil lewa sahaja ) .

Namun demikian , ‘Penduduk Kachi’ dari Bank Rakyat pulang dengan sedikit perasaan gembira apabila Kuartet Olahraga 4x100 meter berjaya menjuarai kejohanan kali ini  dengan memenangi Pingat Emas . Syukur Alhamdulillah .

Tahniah kepada barisan peserta : Zaim Ghazali ( No Facebook Link )

Wok Yoh Malaynium
Wan Mohd Zulfadhli 
Shahrul Syawal




TAHNIAH KUARTET BANK RAKYAT :)

Friday, March 1, 2013

SAHABAT : Kembalinya seorang Sahabat ke Pangkuan Allah S.W.T


Assalammualaikum , cuba untuk senyum =) ketika menerima berita kemalangan sahabatku , Hakim bin Ahmad ! Nama itu sedang meniti dibibirku , jika sudah tiba masanya hari ini , adakah esok adalah masanya untuk ku ? dan aku perlu risau untuk berkata begitu , masih belum cukup amal untuk aku pulang kepangkuan-NYA . Namun , tiada siapa tahu takdir-NYA , Qada’ dan Qadar yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T , In Sha Allah .

Kenangan Lama ;) Hakim the Front Man , In the Right !


STATUS TERAKHIR ARWAH di FACEBOOK :

“ akan diupdate kemudian , line xde ”
-nak kembali ke Melaka , tapi masih xsihat , dah akan singgah ke masjid-

“Arwah ", gelaran/nama yang perlu aku gunakan kepadanya, untuk bercerita tentang Hakim selepas ini. tetapi aku masih sedang cuba membiasakan diri , aku sedih tapi aku tak mampu menangis ! sebab apa ? sebab mungkin aku seorang lelaki , Arghh . kemana harus aku luahkan kesedihan ini , Aku harus menulis semuanya malam ini untuk aku luahkan segalanya tetapi bukan untuk melupakan .

Balik-balik bilik tadi  , ada 2-3 miss call dari kawan aku Asnawi , Hafizzudin dan followed by kol dari Liza , Aku really curious , kenapa semua telefon dari masa yang berturutan . aku tak expect ada cerita yang unexpected , Cuma aku fikir mesti ada berita hot pasal kawan2 aku ni dorg nak kongsi . Then Liza mula tanya dalan telefon :

“ Kau tahu tak ? "

( secara tiba-tiba bila aku dengar suara dia , aku dapat rasakan liza akan bagitahu aku satu cerita sedih , ada orang meninggal dunia , tapi aku tak expect dia adalah kawan-kawan form 6 aku , apatah lagi Hakim , baru cuti sem haritu jumpa , men futsal sama-sama )
Aku cuba beranikan diri tanya “Tahu apa wey ?"

“ Hakim dah meninggal ."

Aku terdiam tak tahu nak fikir apa , mungkin dalam telefon diorang ‘surely heard that I’m just cool but’ tapi dalam kepala otak aku ni , aku celaru , aku macam xpercaya apa yang telah berlaku , Hakim ! He is one of my friend, among the best friend , walaupun dia ni selalu digelar ‘really annoying’ bagi kebanyakkan kawan-kawan lelaki sebab selalu bercerita masalah dia pada orang lain (tu tak jadi masalah sangat) dan selalu nak nasihatkan orang , cuma masalahnya tak kena pada situasi dan caranya kadang-kadang . tetapi aku masih pendengar yang setia baginya . dan kini adakah aku hilang seorang kawan yang akan bercerita tentang kisah hidupnya kepadaku ?

Aku telefon Syahromie nak tanya kepastian : Call , OFF lah pulak !
30 minit lepas tu :

“ Assalam’kum , betol ke cerita pasal hakim tu ( aku tanya sbb still ragu2, aku tak percaya ) ”

“ Waalaikumsalam , wey betol ke ? ”

“ Aku tak tahu , aku bru je tahu ”

“ Aku pun baru dapat mesej , betol ke ? ”

“ tulah pasal , aku tahu dari budak-budak ni , nawi bgthu , wan bgthu dia ”

“ Ko try tanya , Nawi aku dah tepon td ”

“ Ko ad num Wan ? ”

“ xde , ko mintak nawi ”

“ ok ”

2 minit Syahromie call balik :

“ Betollah Hakin dah meninggal ”

“ abis ko pg umah dia tak ”

 “ Hah , Nanti , tapi jenazah dia at Seremban lagi dak wan ckap ”

“ Camne ni , dia xccident ke ? ”

“ dia xcddnt at senawang otw nak blik Melaka ”

Mesej by Hafizzudin : “ I’ve lost my friend . ”

Innalillah Wainalillah Hirrahjiun .



………………………………………………………………………………………………………

“ Wey nanti dah kaya jangan lupa belanja aku , banglo ke ? ”

“ Wey nanti aku dah kaya xde hal , aku bagi ko banglo sebijik pun xpe ”

“ Hah , Janji ? "

( Dalam hati : Peh aku main-main je , siap janji-janji bagai ? Alah , xpe bukannya aku de ability pun nak jadi kaya nanti hahaha XD . janji je lah kan . Hah ? tapi nanti kalau aku kaya betol2 knalah aku bagi banglo sebijik at dia kan , risau-risau , rugi-rugi , hahah aku takkan kaya punya ! ) so alamber jawab , “ xde hall ah kim, janji r , aku dah kaya t aku bagi ko banglo sebijik tapi syaratnya , tunggu duit aku dah lebih juta-juta dulu , ahhah , nanti kesian anak bini aku xmakan , kalo dah belikan banglo ko . hahah!  ”

“ hhaha , Okay aku tunggu ”

( sesi perbualan biasa at Petronas Cheng lepas isi minyak moto dia , macam biasa lepas main futsal dia hantar aku balik , Cuma ada time-time kalau aku gaduh ( bengang ngan dia) aku akan naik hasif balik umah lepas futsal , even kadang dia slalu follow gak , walaupun tahu aku marah ngan dia )
………………………………………………………………………………………………………

“ Wey stakat ni bape makwe ko ada ? Kim ”

“ haha bekas 13 , total 14 dah sekarang ”

“ Peh , banyak wey , aku sorang pun xpenah ada lagi , ko amik bahagian aku wey ! ”

“  haha ”

“ btw takpe , makwe ko bkan taste aku , taste aku lain , ahahha nanti2 lah , aku muda lag wey , 19 pun blum , 18 tahun beberapa bulan , ahhh ”

 -form 6 , aku tengah usher-ushar cerita-



“ Aku 18 tahun 4 bulan , muda lagi wey , ko dah 19 kan akim , kau tahu apa yang best jadi muda cam aku ? hah , ”

“ Apa ”

“ Nanti bila dah tua nanti korang yang 19 dah mati dulu , aku belum lagi , al-maklumlah muda kan , ahaha!m ”

“ haha! Muda lah sangat . LOL ”

-at form 6 , lepak-lepak-



“ Cuba bayangkan FINAL DESTINATION berlaku at kita , semua mesti mati kan , tapi aku selamat ”

“ haha , asal plak ko selamat ”

“ Yelah ko macam xtahu plak aku kan sentiasa selamat , bila kereta nak langgar aku , aku mesti sempat elak ! hahah . Orang muda lagikan ”

“ Time ko je mesti selamat kan . aku pun selamat gak wey ”

“ Xde2 , aku sorang je selamat !  sebab aku paling muda , ahaha! ”

-Antara guru kasar aku cer ngan dia -


Peristiwa paling last , aku terkilan sangat! aku nak kuar ngan kawan rapat form 5 aku , Hakim terdengar , n dia bosan nak ikut , aku cakap ngn dia esok datang umah aku , follow je lah pagi tu , then dia mesej aq 11 am lmbt skit , aku dh kuar umah dh time uh , aku tak balas sebab aku tak jadi nak ajak dia , dia lmbt sngt , aku d naik kete dah , sebab aku tak cakap at budak2 perempuan tu semua aku nak ajk hakim , then bdk2 ni nak amik aku pakai kete , aku takut kete penuh , hakim bleh je naik moto , nanti xsdap plak aq sedap2 nek kete , dia naik noto je , kan ? btw ad sebab lain gak aku xjd ajak dia , sebab nanti takut dia plak bikin panas tegur org tak bertempat , dia ni kadang2 nak nasihat org tapi dia msalahnye dia xsdar dia pun de buat jgak bnda2 tu, nanti rosak plak plan ni, xpelah lain kali lah , ajak dia , lepas ni aku cuti sem 2 bulan , kita gathering ramai-2 kita kuar lagi sama2 (fikir aku dalam hati ) , n today lepas dengar cerita ni , aku serba salah , adakah salah aku dia xsempat jumpa 4-5 orang kwn2 f4 dulu ? syufika , fadlin , amirah , umairah , syfika , hasbullah . anis . wan fadhilah T-T .

Kenapa aku rapat ngan dia ? Sebab dia banyak tolong aku :

Jemput aku balik keje DP 1-2pagi sebab bas dh xde , sanggup jmput 
dari Bukit Rmbai even aku duk at Cheng . =) 
Jumaat : (bila aku xblik umah aku sbb xde orang) dia akn jemput 
aku dari ostel , then p umah dia , mandi , makan tgahari at umah dia 
, pg solat jumaat at Masjid Bukit Rambai then baru dia hantar aku p 
umah mak angkat ( Makcik Fairos ngan Pakcik Zulkifli) aku at Bukit 
Rambai , Tmn Rambai Utama .
Bawak aku lepak2 MP , DP slalu , 
Jemput aku futsal ! Hantar aku balik , 
Jemput aku p amik result SPM . walaupun dua-dua 
akhirnya kecewa ngan result , 
Kenalkan aku dengan ramai kawan-kawan baru time main 
futsal , Join Mysoft 2 sama-sama (dia active tapi aku xdpt 
follow sebab aku dh msuk U , ) 
Hantar aku balik time Lower-6 , Upper 6 dah tak sebab aku 
gaduh ngn dia sekejap je =P , btw Time Emergency Hasif 
ngan Azri xde , dia akn hantr aku balik umah dri sekolah .


#Bila Aku tahu dia meninggal kemalangan , aku teringat , yang dia mmg selalu xcdnt , nak pg latihan sukan f5 dia xcdnt , frm 6 xcdnt , hritu pun bru xcdnt , tapi bkn xcdnt truk lah , xcdnt jatuh moto je , tapi aku xpkir sngat bnda2 tu , Cuma kadang2 time naik moto ngn dia , ad gak nasihat dia bwak okay skit , jgn laju-laju sgt , btw aku xrisau sbb moto Wave dia dh lama , xboleh nak speed sgt , utk kebaikkan dia gak , sebab dulu form 6 ayah dia nak belikan diam 135LC tapi dia ckap at ayh dia “ Xpe lah ayah , ayah simpan duit tu , nanti akin nak blajar boleh guna ”
Tapi lepas dia dpat result agk tidak ok , dia suh ayah dia beli moto sebab moto dia naik tu cam dh byk maslah je , tp ayah dia ckp “ Moto ada banyak at umah tu nak beli lain plak ! ” , urmm. Tulah aku slalu cakap at dia “ lain kali sebelum buat keputusan tu pkir baik2 , tanya lah aku dulu ke pasal moto tu , kan dah mnyesal time ayh ko nk belikan ko xnak , ayah ko dh ubah fikiran baru nak mintak , aptb kan ! ”

Perkara yang last aku bincangkan ngan dia adalah , pasal PTPTN yang lambat masuk , Samsung Galaxy Y dia yang baru , Jumlah sebanar Akaun Bank Syahromie , Hasrat dia nak sambung Degree sementara aku nak Sambung Master and nak jemput dia balik Melaka 23 March p majlis perkahwinan akak aku tapi dia ckp tak confirm , dia Cuma ada cuti awal bulan 3 nak blik Melaka , dah dia xsmpat blik =(  , xsempat aku nak promote at dia supaya layan Running Man time ada stress dan bosan .

“ Moto lama tu jugak yang bersama dia waktu xccdnt semalam ,  hurm , dah takdir kan , tak boleh nak elak , Aku akn sentiasa berdoa untuk dia , Perkenalan ini tidak akan aku lupakan , sebaliknya menjadi sebuah pengajaran ! =) ”. Apa yang aku fikirkan sekarang






Gambar-Gambar Terakhir Arwah :

Aku sebagai Sahabat Arwah ingin memohon maaf kepada semua , kawan-kawan dan kenalan kalau arwah ada buat salah , kesalahan lain biarlah jgn diungkit-ungkit , itu adalah urusan dia dgn Allah , Cuma jika urusan antara manusia , Minta jasa baik semua harap diampunkan . Semoga dia ditempatkan dengan orang-orang yang beriman dan bahagia di alam sana , In sha allah ,

Al-Fatihah , Amin .

DUNIA : Penghinaan Kepada Islam

JIKA SEKARANG

Assalamualaikum pembuka bicara ,
Seorang remaja mula berbicara ,
Sedangkan dunia masih bersahaja ,
Berhenti berbalah bukan masanya ,

Disingkap dunia penuh bermakna ,
Kerana kedudukan suatu yang nyata ,
Biarlah ia bergoncang seketika ,
Sekadar peringatan akan masanya ,

Yang dirisau bukanlah harta ,
Tetapi hubungan muslim bersaudara ,
Jika sekarang bukan masanya ,
Lupakan saja berakhirlah segalanya .

Assalamualaikum . . .

Sebelum saya menulis dan bercerita lebih lanjut , saya ingin bertanya kepada seluruh umat Islam , terhadap isu PENGHINAAN ISLAM di mata dunia .

Tidak cukupkah dengan Peristiwa 11 September ? Yang dianggap berpunca dari nilai ajaran Islam yang mengajar manusia bertindak ganas ? malah peristiwa itu sekaligus mengakibatkan tuduhan bertubi-tubi dilemparkan keatas umat Islam sehingga melahirkan kebencian Masyarakat Dunia kepada Islam tanpa mengetahui hakikat sebenar ?

'Islam Paranoid' , 'Islamic Terrorism' , 'Islamophobia' menjadi bukti bahawa Islam kini digambarkan sebagai suatu keganasan dan sangat berbahaya kepada manusi ! Bagaimanakah 'Agama bagi seluruh alam' kini dianggap sebagai satu ideologi keganasan ,

Kesannya , pihak tidak bertanggungjawab kini mencari ruang membangkitkan kemarahan umat Islam dengan Menghina Islam melalui pelbagai medium khususnya melalui  Media dan 'Internet'. 

Disini ingin saya kongsikan beberapa gambar yang seharusnya mencabar diri kita sebagai umat Islam : Masyallah ~

Umat Islam yang sedang sujud digambarkan dipijak Yahudi dan Kristian
Photoshop : Ayat Al-Quran ditempatkan kepada tisu tandas




 














Menyakitkan Hati bukan ? 

Namun demikian, Sebelum kita mampu menyelesaikan semuanya , Peribadi diri kita perlu terlebih dahulu diperbaiki dan Seluruh Umat Islam bersatu hati. Mengapa dan Bagaimana masih menjadi tanda tanya ? Persoalan demi persoalan acap kali diajukan dan hari esok mungkin ia akan membuka lembaran .

Ciri - Ciri bagi seorang Muslim Sejati 


Klik Link untuk membaca :

Mursyid Am Ikhwan Muslimin

Risalah Prof. Dr. Muhammad Badi' , Musyid Am Ikhwan Muslimin , 
15 Sept 2011

P/S I am Islam , and I'm not a terrorist ! 

Thursday, February 21, 2013

TODAY : The 46 Types of People on Facebook


1. The "artist":

The "artist":

2. The douchebag:

The douchebag:
Source: lamebook.com

3. The person who's trying to get over their ex:

The person who's trying to get over their ex:

4. The person that uses a lot of exclamation points:

The person that uses a lot of exclamation points:

5. The traveler:

The traveler:

6. The person who thinks Facebook is their diary:

The person who thinks Facebook is their diary:

7. The person who ends every status with "text me" or "text it":

The person who ends every status with "text me" or "text it":

8. The person that replaces "y" with "i":

The person that replaces "y" with "i":

9. The showoff:

The showoff:

10. The person that speaks their own language:

The person that speaks their own language:

11. The person who only posts closeups of their face:

The person who only posts closeups of their face:

12. The idiot:

The idiot:

13. The person who doesn't use commas:

The person who doesn't use commas:

14. The person with the shitty band:

The person with the shitty band:

15. The person that's always threatening to delete their Facebook:

The 46 Types Of People On Facebook

16. The person that doesn't know the difference between "then" and "than":

The person that doesn't know the difference between "then" and "than":

17. The person that will always be forever alone:

The person that will always be forever alone:

18. The person that can't sleep and wants you to know about it:

The person that can't sleep and wants you to know about it:

19. The drama king/queen:

The drama king/queen:

20. The philosophizer:

The philosophizer:

21. The person who's always changing their name:

The person who's always changing their name:

22. The person that doesn't know how to photoshop:

The person that doesn't know how to photoshop:
Source: lamebook.com

23. The hypocrite:

The hypocrite:

24. The old person:

The old person:

25. The activist:

The activist:

26. The awkward mom:

The awkward mom:

27. The awkward dad:

The awkward dad:

28. The awkward aunt or uncle:

The awkward aunt or uncle:

29. The person who complains about people over-sharing on Facebook:

The person who complains about people over-sharing on Facebook:

30. The person that really needs to read the news:

The person that really needs to read the news:

31. The person that thinks Facebook is Twitter:

The person that thinks Facebook is Twitter:

32. The person who REALLY can't spell:

The person who REALLY can't spell:

33. The gamer:

The gamer:

34. The new mom always posting about her baby:

The new mom always posting about her baby:

35. The person that complains about their job:

The person that complains about their job:

36. The delusional one:

The delusional one:

37. The person with no filter:

The person with no filter:

38. The Jesus freak:

The Jesus freak:

39. The person who needs to be more careful with autocorrect:

The person who needs to be more careful with autocorrect:

40. The creepy person you don't know that Facebook chats you:

The creepy person you don't know that Facebook chats you:

41. The girl with many emotions:

The girl with many emotions:

42. The person that hates "fake people":

The person that hates "fake people":

43. The passive aggressive one:

The passive aggressive one:

44. The person that quotes "themselves":

The person that quotes "themselves":

45. The person who TyPeS LiKe ThIs:

The person who TyPeS LiKe ThIs:

46. The person who shouldn't live on this planet anymore:

The person who shouldn't live on this planet anymore:
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...