10.53 PM
3 Mac 2013
Sudah 2
malam Arwah meninggalkan kita , sebagai sahabatnya aku hanya redha dengan
pemergiannya , walaupun sebak didada masih belum hilang lagi , sokongan para
sahabat yang menasihati aku untuk lebih tenang banyak membantu aku menghadapi semua
ini, semampunya aku ingin melupakan kejadian ini segera , meletakkannya di tepi
sebagai peringatan supaya aku tidak lagi sedih seperti segala-galanya baru
berlaku semalam . Sudah 2 hari aku tidak boleh tidur , walaupun aku telah
melepaskan segala-galanya dari fikiran aku, Namun segala-galanya bukan semudah
seperti menyebut , “A, B, C” .
Aku tak
jangkakan perkara sedemikian berlaku sebegitu pantas namun bagi takdir yang
telah dijanjikan Allah S.W.T didunia ini tidak dapat dihentikan oleh makhluk
ciptaannya kerana segala-galanya Qada’ dan Qadar. Yang membuatkan aku kecewa
adalah , ketika kejadian , aku dan liza telah berada pun di universiti ( kedah
) .
1 Minggu yang lepas :
“ Anda akan
dibenarkan pulang kerumah jika Ibu anda meninggal dunia , Ayah anda meninggal
dunia , Adik-beradik meninggal dunia , Datuk dan Nenek meninggal kita tak
benarkan kamu semua balik ”, demikian kata-kata Penceramah pada Majlis Taklimat
Minggu pertama Ko-K Uni Utara Malaysia . Mendengar syarat yang telah
termaktub untuk kami , baru aku sedar
betapa kejamnya peraturan sebuah universiti , Aku tidak dapat membayangkan
bagaimana jika kedua nenek aku meninggal dunia selepas ini , dan aku harus kekal
disini ? Aku tidak mampu !
Namun , lain
yang aku fikirkan lain pula yang terjadi, rahsia Allah S.W.T tiada siapa yang
tahu . Selang satu minggu kemudian , berita kemalangan arwah hakim membuatkan
aku begitu kecewa kerana aku tidak dibenarkan pulang ke Melaka untuk menemuinya
buat kali yang terakhir.
“ Kalau
Keluarga jauh meninggal dunia , kamu tak boleh balik . Orang mati , kita kerana
‘respect’ ”, sambung penceramah itu . Apabila aku mendengar penyataan yang
dinyatakan oleh penceramah tersebut , aku begitu marah , geram dan kecewa
dengan apa yang diperkatakannya dalam Majlis itu . Persoalannya , “ Mengapa
kita kena ‘Respect’ orang yang telah meninggal dunia ?
Bukankah disebalik kita
sedih dengan pemergian seseorang , apa yang harus kita lakukan adalah redha
dengan pemergian yang telah ditakdirkan Allah S.W.T dan berdoa untuknya? bukan
untuk cuba ‘menghormati’ kehilangan mereka ! ”
- Surely nonsense ! what this guy are talking about ? You are
an educated person, a lecturer ? So you should beware of your own
words. !
Okay , Lupakan
Kemarahan aku pada penceramah itu ! Semalam aku menghadiri Majlis Perasmian
Sukum 2013 ( Sukan Uni Utara Malaysia ) dan terlibat sebagai peserta perbarisan
mewakili Bank Rakyat , Seperti dijangka skuad perbarisan kalah sekali lagi
kerana kurangnya disiplin para peserta ketika bertanding ( masing-masing sambil
lewa sahaja ) .
Namun demikian
, ‘Penduduk Kachi’ dari Bank Rakyat pulang dengan sedikit perasaan gembira
apabila Kuartet Olahraga 4x100 meter berjaya menjuarai kejohanan kali ini dengan memenangi Pingat Emas . Syukur Alhamdulillah
.
Tahniah kepada barisan peserta : Zaim Ghazali ( No Facebook Link )
Wok Yoh Malaynium |
Wan Mohd Zulfadhli |
Shahrul Syawal |
TAHNIAH KUARTET BANK RAKYAT :)
hidup kena diteruskan...
ReplyDeletemacam mana pun tetap kena teruskan..
mestii kat rumah arwah, buat majlis tahlil kan ...
si kita kat sinii , just doa jer yang mampu ..
akhir kata ,
"sahabat"..
jumpa nantii di alam sana, insyaallah.