^

Saturday, January 19, 2013

Sepi tanpa Cinta

Haziqah !

Nama itu masih terngiang-ngiang di kotak fikiranku..

Satu persatu persoalan kisah hidupnya memberi seribu persoalan pada diriku..

Dan tanpa semena-mena
Akal fikiran ku menerawang jauh ,
Berfikir terlalu jauh untuk ku sedari ,
Hati ku juga begitu , bagaikan terlalu dalam untuk difahami dan terlalu keras untuk ku tembusi..

" Adakah indah jika kita bercinta dan benarkah akan Sepi Tanpa Cinta ? "

Aku masih bingung ,
dan tertanya-tanya..

Hatiku berbisik ,
" biarlah aku berhenti disini , kerna sekarang bukan masanya untuk aku berhenti , tetapi sekadar layak memerhati.. "

Siapakah gadis itu !
Adakah dia insan yang bermakna dalam hidupku ,
Atau ?
Yang sedang bertaktha di hati ini ,

persoalan demi persoalan acap kali diajukan , dan hari ini sebuah kisah akan ku sampaikan untuk membuka sebuah lembaran kenyataan ~

Haziqah ^_^ Nama yang cukup manis..gadis yang cukup tabah untuk ku kagumi..tapi sayang seribu kali sayang..! tapi kenapa ? kerna hakikatnya , dia hanya lah sebuah watak yang tersimpan rapi..di dalam helaian sebuah novel yang diberi judul ' Sepi tanpa Cinta '

*Novel SEPI TANPA CINTA oleh DAMYA HANNA adalah novel kisah hidup pertama yang begiru memberi kesan kepada diri aku ? malu untuk diakui jika seorang lelaki membaca novel Cinta ? XD aaah tidak ! ini adalah cinta yang halal melalui hubungan Pernikahan.. Kisahnya yang begitu tragis mengajar aku supaya mengambil iktibar untuk cuba mencintai seseorang dan belajar menghargai apabila dicintai..

Yang Pasti , dimasa ini aku hanya mampu tersenyum ^_^ kerana bukan masanya untuk ku.. Dan ku juga akui , diriku belum cukup matang untuk melalui semuanya . Cinta adalah sesuatu yang asing untuk aku fikirkan dan aku rasai , kerana inilah Hakikat Sebuah Perasaan 

In Sha Allah...

Promote pada kawan 2 semua sebab best sangat . Akak saya punya sudah dimakan anai2 , xdapat nak share T-T hehe! XD



Sinopsis : SEPI TANPA CINTA
HAZIQAH mempunyai impian untuk hidup bahagia di samping Yusri. Namun, tiada siapa menyangka di saat hari bahagia itu bakal menjelma, ada yang membuat onar sehingga kesucian dirinya dipersoalkan. Lantaran itu, pelamin angannya musnah bersama harapan dan hatinya hancur umpama terhempas!
Namun, Haziqah nekad. Majlis perlu dilaksanakan. Yang penting, fitnah dapat ditamatkan. Biarpun Fakrul tidak pernah dicintai, dia rela asalkan kesucian dirinya dapat dibuktikan. Tetapi malang, perkahwinan yang tercipta itu hanya menambahkan penderitaan yang sedia tergalas di bahu. Dia dikeji dan digantung tak bertali!



Bagi Fakrul, cintanya bukan untuk Haziqah tapi masih untuk Azura. Gadis pertama yang dicintainya... tetapi kecurangan Azura menambahkan kebenciannya kepada Haziqah. Dia benci pada perempuan yang tidak setia. Namun, pertemuan kedua antara Fakrul dan Haziqah membuatkan dia mula yakin bahawa Haziqah adalah miliknya. Bukan Yusri mahupun Hafiz... sepupunya.



Mampukah Haziqah menyambut huluran cinta Fakrul setelah dirinya puas dihina? Haziqah tidak mahu pisang berbuah dua kali! Baginya, kedukaan lalu masih bertapak utuh di hatinya. Cukuplah sekali...




Ringkasan Cerita:


Percintaan terjalin selepas perkahwinan. Itulah tema dalam novel ini. Bermula dengan kahwin terpaksa antara Haziqah dan Fakhrul. Haziqah yang sepatutnya melangsungkan perkahwinan dengan Yusri, tetapi pada hari perkawinannya, Yusri memutuskan untuk menarik diri. Bagi menutup malu, Haziqah dinikahkan dengan anak majikan ibunya, Fakhrul yang kebetulan sedang kecewa dalam percintaan.




Pada mulanya Fakhrul membenci Haziqah akibat terpengaruh dengan khabar angin yang mengatakan Haziqah sudah tidak suci lagi, dan dia yang terpaksa menjadi pak sanggup. Dia membiarkan Haziqah selama berbulan-bulan tinggal berasingan di kampung. Haziqah pasrah dengan sikap Fakhrul yang menghukum gantung tidak bertali. Haziqah tertekan dengan keadaanya. Dia difitnah, dan dia hampir hendak melarikan diri dari rumah ibunya, tetapi kedatangan kedua orang tua Fakhrul secara tidak sengaja telah membawa dirinya bersemuka dengan Fakhrul.




Di kampung, Melati yang memang dengki dengan Haziqah, merupakan anak Mak Senah, ibu tiri Haziqah. Bermakna Melati dan Haziqah adalah adik beradik tiri tanpa pengetahuan Haziqah. Sebenarnya Haziqah adalah anak Siti Sakinah, yang ditinggalkan oleh Siti Sakinah kepada Aminah (pengasuh dirumah Fakhrul). Aminah berkahwin dengan adik bapa Haziqah dan tidak mendapat anak, lalu menganggap Haziqah anak tunggal Hassan dan Aminah. Perkara ini tidak diketahui oleh Haziqah sehinggalah Melati menghantar surat layang kerumahnya.




Kebahagiaan Fakhrul mula berputik setelah mendapat nasihat dari kawannya Amirul. Amirul pula berkahwin dengan Radhiah yang bekerja sebagai doktor di kampung Haziqah. Manakala Azura pula kekasih lama Fakhrul, berkahwin dengan Izham, yang kebetulan bekerja dengan Tuan Fuad (bapa Fakhrul). Izham terjumpa dengan Haziqah di Putrajaya semasa Haziqah melarikan diri dari rumah Fakhrul. Izham yang menolong Haziqah pulang ke rumah Tuan Fuad dan kebetulan Tuan Fuad ada di rumah.




Fakhrul cemburu dan egois, terlalu memikirkan diri sendiri, tanpa memikirkan tekanan yang di alami Haziqah. Kehadiran Yusri menuntut semula cinta pada Haziqah dipandang serong oleh Fakhrul. Nyaris-nyaris Fakhrul meninggalkan Haziqah semula.




Peristiwa kebakaran dirumah Aminah, yang sengaja dilakukan Melati telah menyebabkan Haziqah terlantar di hospital dengan keadaan yang terluka. Dia meminta Fakhrul meninggalkan dirinya dan dia tidak mahu kembali ke pangkuan Fakhrul. Saat ini Fakhrul baru tersedar yang sebenarnya dia terlalu banyak membuat hati Haziqah terguris. Dia pergi dan meninggalkan Haziqah, sehinggalah setahun kemudian mereka dipertemukan secara tidak sengaja di pejabat Tuan Fuad dalam urusan perniagaan.






Kesimpulan dalam novel:


1. Fitnah atas wanita yang suci adalah dilarang dalam islam dan hukumnya berdosa besar si pemfitnah tersebut.


2. Dalam rumah tangga perlu ada toleransi, tak boleh terlalu cemburu dan ego. Perlu ada persefahaman supaya tidak berlaku pergaduhan.


3. Pergaduhan kecil dalam rumah tangga adalah asam garam hidup dalam rumah tangga, kadang-kadang perkara kecil boleh membuat hati terguris. Fikir secara positif dalam menangani perkara kecil.


4. Suami bertanggung jawab ke atas isteri, selagi isteri belum diceraikan. Isteri pula perlu bertanggung jawab pada setiap tindak tanduknya. Keluar dari rumah perlu minta izin dari suami dahulu. Haram hukumnya jika keluar rumah tanpa keizinan suami.




Rating saya:


**** ( 5 bintang, walaupun dah lama saya beli novel ni, tapi saya tak sempat nak selak, bila dah mula membaca, tak boleh dah nak letak...)



#kisah yang tertulis adalah tiada kena mengena dengan mana-mana pihak atau individu yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia :) sekadar berkongsi sebuah coretan yang sedang aku fikirkan 

03.42 am
19 Januari 2013


cuti semester hari ke 4 , 5 , 6 hari dan seterusnya . .


Haha! LOL ( >_< ) aq dapat mesej dari junior aku , “ Abang Faiz , dah masuk U sekarang , apa macam , dah dapat ‘GIRLFRIEND’ tak ? “ 

Huh ? =,=’ aku rasa kan semenjak aku jadi senior kpada junior2 aku sepanjang hidup aku ni , tiap kali ada junior msj aku bila dorg dah lama xmesej aku , dorg ,esti tnya soalan yang sama “ dah ade makwe ke sekarang ? dah dapat calon dah ke ? dah berpunya ke ? ” bkannye nak tnya aku sihat ke tak , ni lain yang dirisaukannya . ahahhah XD tak pham lah aku bebudak skrg ni , pnting btul psangan bg diorg di usia muda ni kn ~  APTB

Oleh kerana dapat mesej begini , harini aku nak share skit er pasal aku pnya LOVE STORY
Nak kata aku xpernah BERCINTA ? tak juga sebab aku pernah gak berkenalan ngan sorang budak perempuan ni , berkawan , bermesej dan berkenalan lebih rapat… dia ni junior aku sebenarnya waktu aku form 6 dulu , panjang ceritanya … ahha .

Aku sebenarnya xkenal sapa dia , aku juz slalu perasan beg dia pakai warna merah wktu p skolah tu lawa sangat ( walaupun sbnrnya aku xbpe suka wrna merah ) XD , tapi aku xde pun minat orangnya sebab muka dia pun aku xpnah tgk . tbe2 One fine day , aku teman kawan aku date ngn awek dia , awek dia form 3 . kitorang f6 . aku teman lah sesaja , tbe2 aku tunjuk kwan aku ckap ,” Wey beg merah tu lawa kan , smart giler ! “  tbe2 kawan aku mencelah “ budak perempuan tu kawan awek aku lah , ckap je lah ko minat dia , nanti aku ckap kan k ” . Huh ? aku terkejut LOL bila masa aku cakap aku minat bdak tu , aku cakap beg dia lawa je , tapi nasi sudah menjadi bubur ~

Kawan aku dah pun cer kat bdak tu aku minat dia , dan tbe2 secara tanpa disengajakan aku dan dia bermesej sudah .  Hari Pertama , aku okay je msej2 kenal , Hari Kedua aku dah rasa selesa , Hari Ketiga & Keempat , aku sanggup telefon dia balik bila time aku dah tertido time dia mesej aku . kan kan kan ? tibe2 , adakah aku sudah JATUH HATI ? ntah . aku xpnah tgk muka dia , then last2 aku terpikir nak bkak gmbr dia at FB , ahh . sudah tgk , Ok lah , xlah secantik Miss World tp still too beautiful for a guy like me ^_^ . and then aku pun meet lah dia buat kali pertamanya . kat kantin sekolah . Aku suh dia bwak hp sbab aku nak amk gmbar dia , but WHY ? xpe nanti aku cer jap g , ahahah XD dia takut nak bwak hp sbab dia prefect , aku dgan kuar pujukan TAHAP IBLIS , pun brjaya memujuk dia membawa hp , ahhaha jahat2 tak aku , hebat jugak ability aku memujuk orang kan ? haha! Dan time aku jumpa tu , itu lah kali pertama aku jumpa , bercakap ngan dia walaupun aku sebenarnya segan tahap cipan LOL . tapi jangan pkir bukan2 lak , time aku jumpa tu dia bertemankan kawan dia , duduk pun kerusi lain2, so perjumpaan kami bebas KEMUNGKARAN okay . malam tu aku shows gambar2 tu kat mak aku & family aku . bkan ap sbab aku nak semua orang dalam family aku tahu & lpas nix de lah gosip2 liar kan, ahha , cemgitulah story nya , then my Parents pun cakap okay , so I’m happy for me , my family , her & everyone around us .. tetapi bak kata orang tuan hujan di siang hari kan . belum sempat 2 mggu hubungan ini terputus .. sbab apa ?

1.      Sebab kat skolah , time lalu sebelah dia , aku wat biasa je , so balik skolah tu, dia mesej aku asking me why time jumpa dia je mesti aku buat2 macam tak kenal je dia ni , kiranya aku ni seperti membuatkan si dia umpama kekasih gelapku sahaja lah , ni ~  
2.      Sebab aku pnah msj dia cer sekolah yang dia stdy tu & tmpat aku f6 tu tak bagus , aku suh dia usaha tukar skolah lpas PMR , then dia back-up lah sekolah dia tu , so aku biarkan je , sbb aku bkan nak kutuk sekolah tu Cuma aku nak nasihat dia btter transfer aftr PMR .
3.      Sebab dia xpercaya yang aku cakap aku sukakan dia , dia orang pertama yang aku kenal , aku suka dan orang pertama yang aku berterus-terang padanya . dan aku xprnah couple ngan sape2 , dan dia still xpcye .
4.      Sebab dia xsuka kawan perempuan aku , sebab dorang pernah bergaduh skit2 time spot -check skolah , aku pun xthu pape cer , tibe2 huru hara bila dorg masuk kelas pagi tu . aku xsuka orang bagi pandangan buruk kat kwan2 aku sbb dorg xknal lagi dorang tu camne , okay je baik ~


So itu lah kesah nya ~ dan camtuh lah semuanya berakhir . aku bkan apa , aku xnak lah satu sekolah tahu pasal relationship aku sbb aku ni suka LOW-PROFILE dan aku xsuka member2 aku pressure aku wey . dan bab sekolah tu sbab time aku time PMR dulu aku ada peluang nak transfer tapi aku xnak mohon sbab aku risau pasal susah nak sesuaikan tmpat baru , tapi akhirnya SPM aku drop . bkan aku je tapi kbanyakkn kekawan sebatch aku yang ad dpat PMR straight A’s tapi ble xnak pindah SPM pling tinggi pun dpat 5A je antara dorang . bkan lah xckup bagus cuma , korang tahulah persaingan antara perempuan lbih sengit sbab budak perempuan hakikatnya lebih pandai kan dari lelaki ( lagi ramai ) dan aku penat untuk menerangkan segala2nya tentang hidup aku pada dia sehingga dia benar2 percaya . Dan akhirnya hubungan aku hanya bertahan 1 mggu 3 hari sahaja . Sejujurnya walaupun aku xprnah declare ap2 ngan dia , kiranya seumur hidup aku smpai sekarang xpnah lagi aku couple ( Haram wey ! ) Walaupun xmenjadi , aku still hargai semua ni  , kerana dia lah ***** pertama aku dan yang terakhir smpai sekarang ni ~  blum jumpa yang baru

Honestly , aku amik masa dua tahun untuk lupakan dia , dan akhirnya lepas masuk U , bru aku dapat lupakan dia sepenuhnya , Rupanya itulah penangan ***** pertama bak kata orang tua2 dulu ~ BTW kami masih bermesej di FB sebagai kawan . In Sha Allah . =)

dan kenangan hanya tinggal kenangan ^_^ .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...