^

Saturday, January 19, 2013

Sepi tanpa Cinta

Haziqah !

Nama itu masih terngiang-ngiang di kotak fikiranku..

Satu persatu persoalan kisah hidupnya memberi seribu persoalan pada diriku..

Dan tanpa semena-mena
Akal fikiran ku menerawang jauh ,
Berfikir terlalu jauh untuk ku sedari ,
Hati ku juga begitu , bagaikan terlalu dalam untuk difahami dan terlalu keras untuk ku tembusi..

" Adakah indah jika kita bercinta dan benarkah akan Sepi Tanpa Cinta ? "

Aku masih bingung ,
dan tertanya-tanya..

Hatiku berbisik ,
" biarlah aku berhenti disini , kerna sekarang bukan masanya untuk aku berhenti , tetapi sekadar layak memerhati.. "

Siapakah gadis itu !
Adakah dia insan yang bermakna dalam hidupku ,
Atau ?
Yang sedang bertaktha di hati ini ,

persoalan demi persoalan acap kali diajukan , dan hari ini sebuah kisah akan ku sampaikan untuk membuka sebuah lembaran kenyataan ~

Haziqah ^_^ Nama yang cukup manis..gadis yang cukup tabah untuk ku kagumi..tapi sayang seribu kali sayang..! tapi kenapa ? kerna hakikatnya , dia hanya lah sebuah watak yang tersimpan rapi..di dalam helaian sebuah novel yang diberi judul ' Sepi tanpa Cinta '

*Novel SEPI TANPA CINTA oleh DAMYA HANNA adalah novel kisah hidup pertama yang begiru memberi kesan kepada diri aku ? malu untuk diakui jika seorang lelaki membaca novel Cinta ? XD aaah tidak ! ini adalah cinta yang halal melalui hubungan Pernikahan.. Kisahnya yang begitu tragis mengajar aku supaya mengambil iktibar untuk cuba mencintai seseorang dan belajar menghargai apabila dicintai..

Yang Pasti , dimasa ini aku hanya mampu tersenyum ^_^ kerana bukan masanya untuk ku.. Dan ku juga akui , diriku belum cukup matang untuk melalui semuanya . Cinta adalah sesuatu yang asing untuk aku fikirkan dan aku rasai , kerana inilah Hakikat Sebuah Perasaan 

In Sha Allah...

Promote pada kawan 2 semua sebab best sangat . Akak saya punya sudah dimakan anai2 , xdapat nak share T-T hehe! XD



Sinopsis : SEPI TANPA CINTA
HAZIQAH mempunyai impian untuk hidup bahagia di samping Yusri. Namun, tiada siapa menyangka di saat hari bahagia itu bakal menjelma, ada yang membuat onar sehingga kesucian dirinya dipersoalkan. Lantaran itu, pelamin angannya musnah bersama harapan dan hatinya hancur umpama terhempas!
Namun, Haziqah nekad. Majlis perlu dilaksanakan. Yang penting, fitnah dapat ditamatkan. Biarpun Fakrul tidak pernah dicintai, dia rela asalkan kesucian dirinya dapat dibuktikan. Tetapi malang, perkahwinan yang tercipta itu hanya menambahkan penderitaan yang sedia tergalas di bahu. Dia dikeji dan digantung tak bertali!



Bagi Fakrul, cintanya bukan untuk Haziqah tapi masih untuk Azura. Gadis pertama yang dicintainya... tetapi kecurangan Azura menambahkan kebenciannya kepada Haziqah. Dia benci pada perempuan yang tidak setia. Namun, pertemuan kedua antara Fakrul dan Haziqah membuatkan dia mula yakin bahawa Haziqah adalah miliknya. Bukan Yusri mahupun Hafiz... sepupunya.



Mampukah Haziqah menyambut huluran cinta Fakrul setelah dirinya puas dihina? Haziqah tidak mahu pisang berbuah dua kali! Baginya, kedukaan lalu masih bertapak utuh di hatinya. Cukuplah sekali...




Ringkasan Cerita:


Percintaan terjalin selepas perkahwinan. Itulah tema dalam novel ini. Bermula dengan kahwin terpaksa antara Haziqah dan Fakhrul. Haziqah yang sepatutnya melangsungkan perkahwinan dengan Yusri, tetapi pada hari perkawinannya, Yusri memutuskan untuk menarik diri. Bagi menutup malu, Haziqah dinikahkan dengan anak majikan ibunya, Fakhrul yang kebetulan sedang kecewa dalam percintaan.




Pada mulanya Fakhrul membenci Haziqah akibat terpengaruh dengan khabar angin yang mengatakan Haziqah sudah tidak suci lagi, dan dia yang terpaksa menjadi pak sanggup. Dia membiarkan Haziqah selama berbulan-bulan tinggal berasingan di kampung. Haziqah pasrah dengan sikap Fakhrul yang menghukum gantung tidak bertali. Haziqah tertekan dengan keadaanya. Dia difitnah, dan dia hampir hendak melarikan diri dari rumah ibunya, tetapi kedatangan kedua orang tua Fakhrul secara tidak sengaja telah membawa dirinya bersemuka dengan Fakhrul.




Di kampung, Melati yang memang dengki dengan Haziqah, merupakan anak Mak Senah, ibu tiri Haziqah. Bermakna Melati dan Haziqah adalah adik beradik tiri tanpa pengetahuan Haziqah. Sebenarnya Haziqah adalah anak Siti Sakinah, yang ditinggalkan oleh Siti Sakinah kepada Aminah (pengasuh dirumah Fakhrul). Aminah berkahwin dengan adik bapa Haziqah dan tidak mendapat anak, lalu menganggap Haziqah anak tunggal Hassan dan Aminah. Perkara ini tidak diketahui oleh Haziqah sehinggalah Melati menghantar surat layang kerumahnya.




Kebahagiaan Fakhrul mula berputik setelah mendapat nasihat dari kawannya Amirul. Amirul pula berkahwin dengan Radhiah yang bekerja sebagai doktor di kampung Haziqah. Manakala Azura pula kekasih lama Fakhrul, berkahwin dengan Izham, yang kebetulan bekerja dengan Tuan Fuad (bapa Fakhrul). Izham terjumpa dengan Haziqah di Putrajaya semasa Haziqah melarikan diri dari rumah Fakhrul. Izham yang menolong Haziqah pulang ke rumah Tuan Fuad dan kebetulan Tuan Fuad ada di rumah.




Fakhrul cemburu dan egois, terlalu memikirkan diri sendiri, tanpa memikirkan tekanan yang di alami Haziqah. Kehadiran Yusri menuntut semula cinta pada Haziqah dipandang serong oleh Fakhrul. Nyaris-nyaris Fakhrul meninggalkan Haziqah semula.




Peristiwa kebakaran dirumah Aminah, yang sengaja dilakukan Melati telah menyebabkan Haziqah terlantar di hospital dengan keadaan yang terluka. Dia meminta Fakhrul meninggalkan dirinya dan dia tidak mahu kembali ke pangkuan Fakhrul. Saat ini Fakhrul baru tersedar yang sebenarnya dia terlalu banyak membuat hati Haziqah terguris. Dia pergi dan meninggalkan Haziqah, sehinggalah setahun kemudian mereka dipertemukan secara tidak sengaja di pejabat Tuan Fuad dalam urusan perniagaan.






Kesimpulan dalam novel:


1. Fitnah atas wanita yang suci adalah dilarang dalam islam dan hukumnya berdosa besar si pemfitnah tersebut.


2. Dalam rumah tangga perlu ada toleransi, tak boleh terlalu cemburu dan ego. Perlu ada persefahaman supaya tidak berlaku pergaduhan.


3. Pergaduhan kecil dalam rumah tangga adalah asam garam hidup dalam rumah tangga, kadang-kadang perkara kecil boleh membuat hati terguris. Fikir secara positif dalam menangani perkara kecil.


4. Suami bertanggung jawab ke atas isteri, selagi isteri belum diceraikan. Isteri pula perlu bertanggung jawab pada setiap tindak tanduknya. Keluar dari rumah perlu minta izin dari suami dahulu. Haram hukumnya jika keluar rumah tanpa keizinan suami.




Rating saya:


**** ( 5 bintang, walaupun dah lama saya beli novel ni, tapi saya tak sempat nak selak, bila dah mula membaca, tak boleh dah nak letak...)



#kisah yang tertulis adalah tiada kena mengena dengan mana-mana pihak atau individu yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia :) sekadar berkongsi sebuah coretan yang sedang aku fikirkan 

03.42 am
19 Januari 2013


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...